Saturday 21 April 2012

ISU PTPTN: Mansuhkan Caj Perkhidmatan PTPTN Bukannya Mansuhkan PTPTN

Polemik mengenai PTPTN nampaknya kembali menghangat di pentas massa ketika ini terutamanya selepas Pakatan Pembangkang mengumumkan tawaran terbaru mereka kepada rakyat menjelang Piliharaya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sememangnya, sejak awal diperkenalkan, isu PTPTN ini tidak pernah sunyi daripada polemik perdebatan di kalangan massa. Isu ini kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya yang menyaksikan parti-parti politik saling cuba membuat pelbagai tawaran demi menagih undi terutamanya dikalangan pengundi muda.

Kepentingan Memerangi Riba
Sememangnya pembangunan sistem mahupun instrumen alternatif yang bebas riba amat mustahak bagi memastikan kehidupan manusia khususnya generasi muda yang akan menjadi aset berharga negara pada masa akan datang lebih dirahmati dan diberkati Allah.Ini amat bertepatan dengan amaran Allah S.W.T.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278) فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya". (Al-Baqarah:278-279)
Tafsir Ibn Kathir meriwayatkan kata-kata Ibn Abbas yang menyebut:
فَمَنْ كَانَ مُقِيمًا عَلَى الرِّبَا لَا يَنْزَعُ عَنْهُ فَحَقٌّ عَلَى إِمَامِ الْمُسْلِمِينَ أَنْ يَسْتَتِيبَهُ، فَإِنْ نَزَعَ وَإِلَّا ضَرَبَ عُنُقَهُ
“Sesiapa yang masih mengamalkan riba dan tidak mahu menjauhinya, maka pemerintah umat Islam berhak memintanya bertaubat. Jika tidak juga bertaubat, pemerintah berhak memenggal tengkuknya”.
Begitulah kerasnya sesetengah ahli tafsir menelaah maksud ayat-ayat riba yang pada hakikatnya amat berat kesalahannya di sisi Allah. Sebab itulah Nabi SAW turut menggambarkan bahawa dosa riba merupakan sebahagian daripada tujuh kesalahan besar yang dilaknat Allah:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: «الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ
“Jauhilah tujuh kesalahan besar. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kesalahan itu? Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah SWT, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah SWT kecuali kerana kebenaran, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada pertempuran, serta menuduh wanita suci dan beriman berzina tanpa disedarinya.”
Sebab itulah dalam konteks urusniaga kewangan semasa, ulamak telah banyak memperincikan garis panduan berasaskan prinsip syarak dalam memastikan urusan muamalah ummat benar-benar bebas daripada unsur-unsur riba yang diharamkan.
Riba Yang Berkaitan dengan Pinjaman
Salah satu bentuk riba yang jelas diharamkan oleh Islam ialah riba yang terkait dengan amalan memberi hutang atau dinamakan sebagai Riba Al-Qard atau Riba Al-Duyun. Dalam konteks ini, syariat jelas memperincikan bahawa hutang atau pinjaman tidak boleh dikenakan sebarang caj tambahan sama ada bersifat faedah mahupun perkhidmatan. Prinsip ini turut dipertegaskan dalam satu hadis:
كُلُّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِبًا
"Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman maka ia adalah riba". (Al-Sunan Al-Kubra Lil-Baihaqi, Jilid 5, ms 571) 
Majlis fatwa antarabangsa yang mengawal selia operasi sistem kewangan Islam seperti AAOIFI menyatakan bahawa:
يحرم اشتراط زيادة في القرض للمقرض وهي ربا, سواء اكانت الزيادة في الصفة أم في القدر, وسواء أكانت الزيادة عينا أم منفعة , وسواء أكان اشترط الزيادة في العقد أم عند تأجيل الوفاء أم خلال الأجل
"semua faedah atau lebihan (daripada jumlah yang dipinjam) yang dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman dibuat pada awal kontrak ataupun dikenakan ketika kelewatan membayar balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan atau apa-apa manfaat lain dilarang dan adalah riba".
Status Caj Perkhidmatan Dalam Skim Pinjaman
Berkenaan dengan kos perkhidmatan pula, Majlis Syariah AAOIFI dan Majlis Fiqh Sedunia dibawah OIC (Persidangan Negara-negara Islam), mengeluarkan resolusi yang jelas dengan menyatakan bahawa caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal sahaja. Manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.
Dalam Piawai Syariah atau Al-Mi'yar Al-Syar'iyyah yang dikeluarkan oleh AAOIFI, No.19/9 disebutkan seperti berikut:
يجوز للمؤسسة المقرضة أن تأخذ على خدمات القروض ما يعادل مصروفاتها الفعلية المباشرة, ولا يجوز لها أخذ زيادة عليها, وكل زيادة على المصروفات الفعلية محرمة. ويجب أن تتوخي الدقة في تحديد المصروفات الفعلية بحيث لا يؤدي إلى زيادة تؤول إلى فائدة.
"Dibenarkan bagi institusi yang memberi pinjaman mengenakan caj atas perkhidmatan pemberian hutang seabagaiman kos sebenar yang dibelanjakan dalam melaksanakan perkhidmatan tersebut. Adalah tidah dibenarkan bagi institusi mengenakan caj melebihi kos perkhidmatas sebenar. Semua caj yang melebihi kos sebenar perkhidmatan adalah haram. Hendaklah dipastikan ketepatan dalam menentukan kos sebenar perkhidamatan bagi mengelakkan wujud lebihan yang membawa kepada manfaat yang diharamkan......" (AAOIFI, Piawai Syariah No.19, 9/1)
Piaiwai Syariah AAOIFI ini adalah seiring dengan Resolusi No.13 (1/3) yang dikeluarkan oleh Majma' Fiqh Al-Dawli atau Majlis Fatwa OIC. Ini bermakna sebarang caj yang dikenakan mestilah berasaskan kos pengurusan yang sebenar dan bukannya sekadar meletakkan peratusan seperti 1 peratus, 2 peratus ataupun 3 peratus daripada jumlah pinjaman. Inilah yang dikatakan riba kerana manfaat diperolehi daripada nilai hutang yang diberikan dan bukannya berasaskan kos pengurusan sebenar.
Sebaliknya yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa OIC dan Piawai Syariah AAOIFI tadi ialah apabila caj dikenakan berasaskan kos pengurusan sebenar tanpa terikat kepada nilai hutang peminjam. Sebagai contoh, sekiranya kos pengurusan sebenar (termasuk kos dokumentasi, peguam, cukai setem dan lain-lain) bagi setiap transaksi adalah sebanyak RM600. Maka caj tersebut boleh dikenakan kepada peminjam tanpa mengira jumlah atau nilai hutang yang diberikan.
Demikianlah perincian yang begitu teliti dilakukan oleh para ulamak dalam memperhalusi isu caj perkhidmatan yang dikenakan dalam urusniaga pinjaman. Semua ini bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur riba yang diharamkan. Apa yang penting elemen riba tidak boleh dikompromi sama sekali dalam upaya mencari jalan keluar bagi mempermudahkan urusan kehidupan masyarakat.
Justeru, amat mustahak untuk dipastikan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan dalam memberikan kemudahan pinjaman pendidikan kepada para pelajar khususnya dalam konteks PTPTN yang dibincangkan ini, benar-benar mewakili kos sebenar perkhidmatan dan bukannya sekadar peratusan berasaskan nilai atau jumlah pinjaman yang diberikan.

PTPTN Tidak Wajar Dimansuh
Berbalik kepada isu mutakhir mengenai tawaran pemansuhan terus skim pinjaman PTPTN ini oleh Pakatan Pembangkang. Penulis berpandangan adalah tidak wajar dimansuhkan PTPTN sekaligus kerana hakikatnya pinjaman PTPTN boleh dimanfaati oleh khalayak yang lebih besar berbanding skim biasiswa yang memfokuskan kelompok pelajar elit yang cemerlang akademiknya. Menurut Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga 31 Dis 2011, sebanyak 1.93 juta permohonan PTPTN telah diluluskan melibatkan peruntukan RM42.96 bilion
Hakikatnya, pengenalan skim pinjaman PTPTN memberi peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira yang cemerlang di peringkat menengah mahupun bagi yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiary atau Pengajian Tinggi yang hakikatnya kos pendidikan adalah lebih tinggi berbanding peringkat rendah dan menengah.
Bagi penulis selain PTPTN, kerajaan perlu terus menyediakan peluang-peluang biasiswa samaada daripada JPA, MARA dan syarikat-syarikat milik kerajaan dan kaitan kerajaan atau GLC kepada pelajar-pelajar cemerlang. Cuma bagi pelajar-pelajar lain samaada yang ingin meneruskan di Instituti-institusi Pengajian Awam mahupun Swasta (IPTA dan IPTS), dana PTPTN perlu terus disediakan. Dana pinjaman PTPTN ini juga bersifat pusingan yang boleh dimanfaati berulang-ulang kali oleh setiap warga dengan syarat semua peminjam harus bertanggungjawab membayar balik pinjaman atas rasa amanah dan taqwa.
Dicadangkan juga agar skim pinjaman boleh-ubah berasaskan pencapaian akademik sebagaimana yang diamalkan dulu dalam skim pinjaman boleh ubah JPA dan MARA diteruskan oleh PTPTN. Mungkin ia boleh dikembangkan kepada mereka yang mendapat Kelas Ke-2 atas dengan hanya diminta bayar balik pada kadar tertentu. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga 31 Dis 2011, seramai 11,764 pelajar telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN setelah mendapat Ijazah Kelas Pertama. Ini semestinya akan menyemarakkan lagi semangat pelajar untuk berusaha lebih keras bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Walaubagaimanapun pemantauan lebih teliti harus dilakukan khususnya di institusi-institusi swasta agar kualiti peperiksaan benar-benar mencapai taraf sebagaimana IPTA dan bebas daripada sebarang unsur-unsur manipulasi dan penipuan.
Memansuhkan Caj Perkhidmatan PTPTN
Walaupun penulis tidak bersetuju agar PTPTN dimansuhkan sepenuhnya, penulis merasakan sudah tiba masanya kerajaan memansuhkan terus caj perkhidmatan yang dikenakan kepada peminjam. Bagi penulis, mekanisme caj perkhidmatan yang dilakukan oleh PTPTN yang mengenakan caj 1 peratus ke atas nilai pinjaman adalah tidak menepati Piawai Syariah AAOIFI dan pandangan majoriti ulamak di peringkat antarabangsa yang hanya membenarkan caj berpandukan kos sebenar sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.
Justeru, cadangan penulis agar kerajaan menyediakan peruntukan khas dalam bajet tahunan untuk menampung kos pengurusan PTPTN. Menurut sumber PTPTN, kos pengurusan adalah sekitar RM67 juta yang tidaklah begitu membebankan kerajaan. Sesungguhnya aspek pengurusan pendidikan dan hal-hal berkaitan dengannya termasuklah dalam aspek pinjaman pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan. Ini juga merupakan salah satu cara memastikan bebanan hutang yang ditanggung generasi muda negara akan datang dapat dikurangkan.
Moga-moga dengan penawaran skim pinjaman yang bersifat kebajikan bebas daripada riba sebagaimana tuntutan Syariat akan menjadikan rakyat dan negara dilimpahi dengan rahmat dan barakah Allah sentiasa. InsyaAllah.

Friday 9 March 2012

the innovative iCup !

iCup is an innovative concept specially designed for Apple that can heat up any drink inside the cup by connecting it with the user’s notebook, as well as any device that supports USB connection, via a USB cable anywhere. The key goal of the project is to ease life with more manageable features that ensure uninterrupted working opportunity, doesn’t matter the user goes to the park, library or working in the office. The featured Apple logo of the cup is actually a heat indicator that shows the temperature of the inside content, blue for cool, orange for warm and pink for hot, while enhancing the aesthetics. Moreover, it incorporates a displaceable handle that offers convenient fit into any small area and the changeable upper portion allows easy washing.






Followers